KATIL BESI DAN TILAM HOSPITAL FUZI DREAM KE PUSAT PKRC KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (KUIPSAS)
Bismilllah.. FUZI DREAM kali ini diberi kepercayaan pula membekalkan katil di Hospital PKRC Kuantan. Bangunan KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (KUIPSAS) dijadikan hospital sementara untuk menempatkan pesakit covid bergejala ringan. Menurut petikan dari PAHANG MEDIA, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (KUIPSAS) akan dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) sekiranya PKRC Kompleks SUKPA di sini penuh. Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pahang, Encik Zairasyahli Shah Zakaria berkata, setakat ini pihak berwajib telah mempersiapkan KUIPSAS bagi menerima jumlah pesakit COVID-19 yang tidak lagi dapat ditempatkan di PKRC SUKPA. “Setakat ini kita telah mempersiapkan KUIPSAS bagi menampung pesakit lelaki dan wanita kerana kemudahan di situ yang sesuai untuk semua pesakit. “Namun sekiranya PKRC KUIPSAS juga penuh, kita akan menggunakan dewan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi menempatkan pesakit seterusnya yang semakin ramai,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini. Beliau berkata, kapasiti pesakit COVID-19 yang ditempatkan di PKRC Kompleks SUKPA kini semakin penuh dan jumlah pesakit semakin bertambah setiap hari. Dalam pada itu katanya, kesemua pesakit yang ditempatkan di PKRC SUKPA menempatkan pesakit lelaki manakala Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kuantan menempatkan pesakit wanita dan PKRC KUIPSAS pula akan menempatkan pesakit lelaki dan wanita. Kebanyakkan Hospital PKRC di Malaysia memerlukan tilam dan katil dalam keadaan yang tercepat. Seperti di Hospital PKRC Maep Serdang PKP 1.0 tempoh hari, FUZI DREAM telah menyediakan ke semua katil dan tilam ini hanya dalam tempoh 3 hari. Pencapaian ini telah diberi anugerah Malaysia Book of Record kepada MAEPS Sendiri. Semoga penyediaan fasiliti katil yang tidak seberapa ini dari FUZI DREAM ini, sedikit sebanyak membanti kerajaan menangani masalah Covid-19 di Malayia. www.fuzidream.com www.pembekaltilam.com #hospitalpkrc #kilangkatil #kilangtilam #katilpkrc #katilsingle #katildoubledecker #pkrckuipsas #katilsingle #tilamhospital #tilamasrama
0 Comments
Bismilllah..
Katil Double Decker, Katil Single FUZI DREAM ke Hospital Permai Johor FUZI DREAM sekali lagi diberi kepercayaan membekalkan katil di Hospital PKRC Hospital Permai Johor. Kebanyakkan Hospital PKRC di Malaysia memerlukan tilam dan katil dalam keadaan yang tercepat. Seperti di Hospital PKRC Maep Serdang PKP 1.0 tempoh hari, FUZI DREAM telah menyediakan ke semua katil dan tilam ini hanya dalam tempoh 3 hari. Pencapaian ini telah diberi anugerah Malaysia Book of Record kepada MAEPS Sendiri. Menerusi hantaran dan gambar dimuat naik di laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, PKRC awam kedua itu akan menempatkan pesakit wanita, ibu mengandung dan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun. "PKRC di bangunan Olive B, Hospital Permai itu mula menerima pesakit hari ini dan menyasarkan untuk menempatkan pesakit wanita, ibu mengandung serta kanak-kanak bawah 12 tahun bagi memastikan keselesaan dan keselamatan mereka terjaga," kata hantaran itu. Ia adalah PKRC ketiga di Johor selepas PKRC Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di sini, dan PKRC DB Kompleks di Iskandar Puteri yang dikendalikan pihak swasta. Semua PKRC menempatkan individu positif COVID-19 kategori satu dan dua iaitu tanpa gejala atau bergejala ringan. Semoga penyediaan fasiliti katil yang tidak seberapa ini dari FUZI DREAM ini, sedikit sebanyak membanti kerajaan menangani masalah Covid-19 di Malayia. www.fuzidream.com www.pembekaltilam.com #hospitalpkrc #kilangkatil #kilangtilam #katilpkrc #katilsingle #katildoubledecker |
Archives
November 2023
Categories |