top of page
Meja Kaunter, Meja Receptionist, Meja Penyambut tetamu atau apapun namanya merupakan 1 meja paling penting di dalam mana-mana syarikat. Ia merupakan jelingan, pandangan atau anggapan pertama seseorang pelawat ke dalam bangunan kita. Bentuk & ukuran meja kaunter ini bergantung kepada jenis perniagaan syarikat. Jika syarikat merupakan jenis perniagaan yang memerlukan urusan dokumentasi segera & perbincangan ringkas, meja kaunter berukuran rendah adalah yang terbaik. Sebaliknya, jika kebanyakkan pelawat hanya mempunyai urusan dokumentasi ringkas tanpa perlu ada perbincangan, meja kaunter jenis tinggi adalah yang paling sesuai.

Jika meja kaunter dihiasi dengan logo rasmi yang menarik di hadapan meja, ia akan menjadi satu pengalaman atau satu ingatan pelawat terhadap syarikat kita. Ingin mempunyai meja kaunter, meja penyambut tetamu yang baik? Di FUZI DREAM barisan team kami boleh membantu anda mencadangkan jenis meja yang sesuai bergantung kepada ukuran luas ruang & bajet untuk melabur meja kaunter ini. Kami juga mempunyai servis merekabentuk logo syarikat untuk meja ini serta cetakan logo rasmi pada meja.

FUZI DREAM berpengalaman merupakan pembekal perabot yang berpengalaman membekalkan banyak meja kaunter/ meja reception di banyak institusi di Malaysia. Hubungi kami jika anda perlukan khidmat nasihat untuk memilih meja kaunter pejabat terbaik.

MEJA KAUNTER | MEJA RECEPTIONIST

​Meja Kaunter, Meja Reception atau Penyambut tetamu ini memberi satu imej moden untuk syarikat. Pakej ini terdiri daripada 1 buah meja kaunter dan 1 buah laci pedestal. Manakali almari atau kabinet belakang kaunter merupakan aksesori tambahan yang boleh ditempah di FUZI DREAM. Di bahagian hadapan meja kaunter ini terdapat 1 slot untuk syarikat memasukkan logo rasmi. Kami juga mempunyai perkhidmatan mencetak logo di bahagian hadapan kaunter ini untuk kemudahan pelanggan.
Meja Kaunter pejabat yang mempunyai banyak slot kompartment yang sangat sesuai untuk menyimpan banyak dokumen. Sesuai untuk kegunaan sekolah, pejabat dan kaunter yang memerlukan banyak borang dan dokumen. Kami juga mempunyai perkhidmatan untuk mencetak logo rasmi syarikat di hadapan kaunter ini yang sudah tentunya menaikkan imej syarikat anda. Segera hubungi kami untuk sebarang perntanyaan mengenai meja kaunter pejabat ini.
Meja kaunter yang sesuai untuk diletakkan di hadapan pejabat, kaunter pertanyaan, meja kaunter restoran, meja kaunter perpustakaan dan lain-lain. Terdapat 3 pilihan panjang untuk meja kaunter ini iaitu 4kaki, 5kaki dan 6kaki. Kami juga mempunyai perkhidmatan menyediakan logo pada hadapan meja ini dengan kos yang berpatutan.
bottom of page