top of page
Pemilihan meja pejabat yang betul sangat penting untuk menghasilkan produktiviti yang baik untuk sesebuah syarikat. Ia akan membuat kerja kakitangan syarikat lebih lancar, meminimakan stress bekerja, dan membuatkan rasa ‘mood riang’ menjalankan tugas harian. Pemilihan meja pejabat yang bagus bukan sahaja memberi gambaran imej yang baik untuk sesuatu organisasi malah ia akan mewujudkan ‘rasa cinta’ ke pejabat setiap hari.
Samada anda bercadang membuka pejabat yang baru ATAU ingin menggantikan meja pejabat yang lama, kami ada beberapa tips yang boleh dijadikan untuk anda.

KENAL PASTI BAGAIMANA ANDA MENGGUNAKAN MEJA ANDA

1) Jika Meja Sering Digunakan Untuk Kebanyakkan Kerja Berkomputer / Pereka Grafik :
Pilih meja pejabat yang direka khusus untuk penggunaan komputer. Meja pejabat yang bagus untuk penggunaan komputer yang kerap, biasanya mempunyai ruang atau petak untuk menahan CPU di bawahnya. Pastikan juga ianya lengkap dengan lubang pendawaian atau saluran pendawaian untuk sambungan elektrik. Ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia adalah faktor keselamatan untuk menyusun wayar elektrik daripada ‘berselirat/ bersepah’ atau berbahaya untuk pengguna. 

2) Jika Meja Pejabat Sering Digunakan Untuk Membuat Kertas Kerja / Tender :
Pilih meja meja pejabat yang mempunyai permukaan yang membolehkan anda menampung helaian kertas yang banyak, buku-buku yang besar, atau alatulis yang penting. Size meja pejabat yang dicadangkan ialah meja sekurang-kurangnya 6 kaki lebar dan berbentuk L shape. Anda juga boleh mempertimbangkan meja pejabat yang mempunyai meja sisi atau kabinet yang bercantum dengan meja.

3) Jika Meja Pejabat sering digunakan untuk akviti pertemuan dan perbincangan.
Pertimbangkan meja pejabat berbentuk "L" untuk membolehkan kerja dan ruang pertemuan. Jika meja pejabat anda sering digunakan untuk aktviti pertemuan dan perbincangan, bentuk meja pejabat L shape adalah yang terbaik. 

FUZI DREAM berpengalaman membekal banyak jenis rekabentuk meja pejabat untuk semua kegunaan di pejabat sekolah, pejabat kerajaan, pejabat syarikat swasta dan banyak lagi. Jika anda keliru memilih jenis meja pejabat, sila hubungi kami untuk khidmat nasihat percuma. Kami sedia untuk membuat lawatan tapak, memberi cadangan mengikut bajet dan juga boleh memberi cadangan size & material meja pejabat yang sesuai di tempat anda. 

Pembekal Meja Pejabat

Set Meja Pejabat
Set Meja Pegawai
Set Meja Pengarah
Set Meja Pengarah
Director Table
SET MEJA PEJABAT
Set Meja Eksekutif
Set meja pejabat khas untuk pengarah atau pegawai tinggi. Set meja pejabat ini lengkap dengan aksesori yang lengkap seperti almari pintu rendah tertutup, meja sisi, laci, pigeon hole dan rak terbuka rendah. Kerusi pejabat di dalam gambar ini tidak termasuk di dalam pakej ini dan boleh di beli berasingan.
SET MEJA EKSEKUTIF
Paket Set Perabot Pejabat yang sangat lengkap untuk perabot pejabat atau set untuk keperluan pejabat. Set meja pejabat ini lengkap dengan aksesori seperti almari pintu rendah tertutup, meja sisi, laci, dan rak terbuka tinggi dan tertutup. Di sudut sebelah kiri juga disediakan meja perbincangan khas untuk tetamu yang datang. Kerusi pejabat di dalam gambar ini tidak termasuk di dalam pakej ini dan boleh di beli berasingan.
SET MEJA PEJABAT - L SHAPE
Set meja pejabat khas untuk kakitangan yang perlukan ruang kerja yang luas. Set meja pejabat ini lengkap dengan aksesori laci. Jika anda inginkan meja yang lagi lebar daripada gambar ini, kami menawarkan meja pejabat sehingga 6 kaki panjang untuk meja utama dan juga meja sisi. Kerusi pejabat di dalam gambar ini tidak termasuk di dalam pakej ini dan boleh di beli berasingan.
SET MEJA EKSEKUTIF
bottom of page