top of page

PEMBEKAL TILAM ASRAMA & HOTEL

Fuzi Dream Furniture Industries Sdn Bhd merupakan Kilang Perabot Bumiputera. Kami mempunyai 2 buah kilang sendiri seluas 3 ekar. Kilang kami berada di Batu 17 Rawang Selangor. Seluas 1.55 ekar kilang untuk membuat perabot besi seperti katil dua tingkat, katil single, katil queen untuk pengguna rumah, meja besi, meja kantin, locker besi, rak kasut, perabot besi custom made dan juga pelbagai jenis perabot kayu. Kilang kami juga telah dianugerahkan pelbagai jenis pensijilan iaitu SIRIM Certified Welding, FRIM Furniture PCS Testing, Kod Bidang Pengilang Perabot 020199 oleh MOF dan banyak lagi.

Kami juga mempunyai kilang tilam seluas 1.55 ekar. Kilang Tilam dan Kilang Perabot Besi kami adalah bersebelahan. Antara tilam keluaran kami ialah tilam high compressed rebond, tilam high resilient foam, tilam hotel spring, tilam hospital, tilam lipat & banyak lagi. Fuzi Dream juga berdaftar dalam Kod Bidang MOF dalam bidang kod pembuat 020199 Pembuat Perabot Logam dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Sehingga kini, Fuzi Dream banyak membekal pelbagai jenis perabot ke insitusi kerajaan dan swasta seperti UiTM, MARA, UniKL, Univerisiti Malaya, UPM, UKM, UTM, UMT, KYP, Unisza, KKTM, GiatMARA, Politeknik, KPTM, MRSM, Hospital Covid MAEPS, Pelbagai Insititut Latihan, pelbagai sektor swasta dan pengguna rumah.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan dan penghantaran yang cepat, Fuzi Dream mempunyai 7 buah lori besar dan 3 buah forklift untuk dihantar ke site pelanggan. Fuzi Dream juga mempunyai pelbagai mesin terkini untuk menampung pengeluaran yang tinggi.

Sehingga kini modal berbayar syarikat ialah 1.1 juta (paid up capital) dan kami akan setakat ini bergerak sendiri dan berkembang tanpa sebarang bantuan kewangan dan peralatan daripada kerajaan. Fuzi Dream mempunyai ramai tenaga mahir dalam bidang mesin dan jurutera, mekanikal dan elektrikal, bedding experts, drawing & phisic designing.

Plan perkembangan dalam tempoh 4 tahun lagi ialah telah membeli tanah sendiri dan akan pindah ke kilang lebih besar iaitu 7 ekar yang berada di Bukit Beruntung, Selangor.

Kami berdoa kepada Allah agar kami terus diberi kekuatan untuk meneruskan kelangsungan usia syarikat dan akan terus berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kami...Aminn..

Tarikh Penubuhan SSM :
15-02-1999

Modal Berbayar (Paid up Capital): 
RM1,300,000.00

Presiden: 
Pn Fuziah Bt Abdullah (Fuzi Dream)

Pengarah: 
Pn. Radiah Bt Ahmad
En. Hairun Bin Mohd Salim
En. Yusof Bin Mohd Salim

Pengurus: 
En Roshidi Bin Zain

Akauntan Bertauliah MIA :
Pn Marsitah

Alamat Perniagaan :
Factory 1 (1.55 ekar) :
(Kilang Tilam)
No.4 Jalan Perusahaan 4,
K1A1411awasan Perindustrian Batu 17
48000 Rawang,
​Selangor.

Factory 2 (1.55 ekar) :
(Kilang Perabot Besi & Kayu)
N0.6 Jln Perusahaan 4, 
Kawasan Perindustrian Batu 17
48000 Rawang,
Selangor


Maklumat Perhubungan:
Tel (Pej) : 03-6091 4848

Tel. (H/P) :
012-346 1162 @ 012-346 1163
Email : sales@fuzidream.com
bottom of page